Saturday, August 6, 2011

Permaidani Ajaib

selama ini aku selalu dengar dan lihat orang dan manusia resah sekiranya persahabatan tidak berkekalan. kerana aku percaya persahabatan bisa kekal tapi satu hari pasti hilang dari mata

ini pertama kali aku merasai nya dan berasa gelisah kerana suatu hari nanti pasti kita akan tiba di satu simpang di mana kita tidak akan nampak satu sama lain. oh sungguh sayu!

hari itu pasti memburu kita.


perasaan hilang sahabat sama rasa ada lubang dlm jantung. tapi kita faham hidup kita atas fasa. tiada apa yg pasti selain mati. aku selalu malas mahu fikir tapi skrg aku cuba. kau bergantung kepada kiraan hari. aku belajar untuk menghormati. kau sudah lakukan yg lebih dr terbaik untuk pegang pada janji. tapi buruan tu terkena kepada kita. dan bila tiba waktu berlangsung, aku pula akan janji. itu hutang aku pada sahabat

kau tidak mungkin berhutang pada aku. aku adalah seorang manusia yg waras dan adakalanya aku adalah seorang manusia yg tidak waras.atau lebih aman digandingkan bersama haiwan yg tidak berakal. aku berhutang nyawa pada sahabat jahat. bagaimana bisa seorang penjahat punya hati semulia itu untuk mempertahankan nyawa sahabatnya yg sememangnya seorang dungu? apakah benar kita hanya mengerti erti persahabatan di dunia sana? dan memilih unk menjadi yg tidak org lain pilih? kau faham? kadang2 aku faham. kadang2 aku tidak faham. adakah kita benar?

kita benar dlm dunia permaidani. kita raja dlm gua. kita penyelamat nyawa. kita jurutera. kita pendakwah. kita pekerja keras. kita ahli sains. kita penyamun. kita binatang. kita sahabat baik. semua itu bukan dlm nyata. di sini kita diberi pilihan. di sana kita tak boleh pilih. Jenglot pilihkan untuk kita. sebab itu aku tak suka dunia yang ini. aku penakut untuk membuat keputusan dan memilih. jiwa aku jahanam di sini. tapi tenang di sana.

kau hebat!. bagaimana bisa berada di dua benua kalau hanya bisa membawa satu watak?kacau bilau.ibarat bunian jatuh hati sama bumi dan tidak ketemu jalan pulang.ibarat manusia di bawa pergi bunian dan tidak mau pulangkan ia semula. ibarat terperangkap dalam realiti. mahu memilih. hakikatnya tiada pilihan.kau tahu,aku pun tahu.kemudian kita tidak tahu lagi.

siapa kita mau tukar hakikat. kau lagi hebat. sudah memilih tetapi menafikan pernyataan itu seperti tiada perasaan takut. kau lagi berani. kau lagi tahu. kemudian kau tidak tahu lagi untuk masuk semula ke dunia kau, meneman sahabat kau dan bercinta sama jenglot. susah kau kekuatan aku. keputusan kau bakal menamatkan buku.

tidak mungkin bisa miliki dua dunia. mengembara satu hari bersamaan dgn 48 jam mencari ketenangan di dunia sana, tapi akhirnya ketemu cinta di dunia sini.cinta juga penyebab kepada kebuntuan ini.permainan dunia kah ini atau ini yg dikatakan takdir?aku pilih manusia,kau juga pilih manusia, CINTA menang! itu tergolong dalam nombor 42. tapi semua nya masih misteri. kebebasan dari jenglot tidak terletak pada kita. selagi kita diburu sehingga di dalam mimpi, pencarian, kebuntuan dan kegilaan ini belum ada penghujungnya. mana kau mau lari? mungkin benar kata manusia, tidak semua itu bisa kita miliki.

No comments:

Post a Comment