Thursday, November 10, 2011

Selamat Hari Jadi Cherry & Salam Rahmatullah Capang

11.11.11

Selamat Hari Lahir Cherryshen.


Kucing yang pintar dan misteri
Kucing yang tahu segalanya
Tentang Kita Semua.

Selamat Tinggal Capang

Dia merayu sama aku itu hari tapi aku abaikan.Dia tunggu aku datang jemput dia.
Akhirnya dia yang pergi tinggalkan aku apabila aku sudah bersedia untuk membawa dia
pulang bersama kita.
Capang sekarang di syurga ka?

Belum lagi.Dia di tengah tengah.Diperantaraan syurga kucing iaitu angkasa
di mana dia akan bertemu Roby, Oyen dan Moses.


Kau rasa dia menjerit tak?

Dia tak perlu menjerit.Mata dia sedang kuyu di tiup angin-angin bayu.
Dia adalah kucing istimewa.


"Wei Polis wey."
Fuhh...Selamat.
"Kau pasti kah itu POPO?"
"Kita ke TTDI"
"Jauh tak"
"Tak,depan tu saja".

Di seberang rumah kedai.

Aku adalah pokok pilihan nya.Dia minta kebenaran untuk
berak.Dia begitu istimewa.

Selamat tinggal Capang,
Kucing Istimewa

Monday, November 7, 2011

Di ekori Van Jenazah dan mobil mobil Putih

Dua puluh tiga campur lima belas peratus, lepas tu kau bahagi dengan enam puluh satu perpuluhan lima tiga dan sambil itu kau kalikan dengan lapan belas kuasa dua, apa kau dapat?

Aku rasa, adalah dalam beberapa orang bapak aku jemput pergi kenduri kahwin kawan aku dekat Subang tu yang dulu ada sekali jumpa kau masa kita berumur lapan belas tahun. Yang dekat belakang tanduk rusa itu.

Dalam lebih kurang tiga belas peratus tadi atau apa-apa lah ada tak sepuluh ribu ringgit dalam tangan? Sebab kalau enam tiga kosong campur dua lapan lapan mana nak sama dengan kucing belang?

Bukan yang itu wey. Semalam kau tak nampak ke yang kakak tiri kepada abang ipar aku tu bawa roti Gardenia untuk kasi makan kucing Persian jiran dia. Dalam bakul tu ada sandwich sama papan tanda hijau dekat sekolah Cina.

Zaibo, kalau empat empat tujuh darab dengan dua titik perpuluhan, boleh tak kau jangan pandang sana?

Okay sorry sebab dua juta aku kasi sama anak-anak yatim tapi dalam enam ringgit sembilan puluh sen aku tanam hidup-hidup.

Sudin, aku ada tujuh belas lapan tiga sama enam satu dua lapan, so kiranya lima dua tujuh belah anak tangga lah ya. Cuba kau periksa apakah bangsa dia dan kalau boleh agamanya sekali.

Melayu. Untuk panduan van jenazah pasti sekali Melayu Muslim.

Jangan pandang! Apa cuba kau lakukan ni?

Jalil, mana satu aku harus jawab? Soalan ilmu hisab atau usul periksa penyiasatan ahli berkuasa?

Aku minta maaf Jailani, aku susahkan kau

Wey aku pun sama Rosli

...the end.

Tuesday, November 1, 2011

Selamat Hari Jadi Guli

26 October 2011

Tajuk: Puisi Tentang Terpaksa Hidup (Dedikasi untuk Darwina D)... 'Kau Usman, aku Samad. Bapak kita Awang sama Said. Kekasih kita Jenglot yg berasal dari Sumatera. Bahasa kita tinggi, maruah kita terletak di bawah. Hati kita keliru, otak kita selsema. Jiwa kita kuasa, waras kita pasangan lelaki, pengembaraan kita penipuan, zahir kita bergantungan. Pegangan kita agama, pendidikan kita sederhana. Cilik kita tuhan, damai diganggu, perlindungan kita adalah masa. Usman, cinta kita apa? Beri aku masa fikirkan itu. Pasti ada jawapannya. Sebentar, lamanya' - Nina S. 26 Okt 2011. Gombak.

Selamat Hari Jadi Guli dari kami di perantauan.

Tali Barut, Tiggibu, Cherryshen & Captain Sparrow.